Peperiksaan SPM baru saja berakhir dalam minggu pertama bulan November,pasti anak2 atau adik2 kita sedang berfikir apa rancangan seterusnya sepanjang cuti sementara menunggu keputusan SPM keluar. Tak kan nak menjadi penganggur berhormat saja kat rumah atau melepak tanpa arah tujuan. Masa tidak menunggu kita, bagi yang berkemampuan pasti menghabiskan masa melancong kerana duit banyak,tapi yang kurang berkemampuan ini lah masanya meringankan beban makbapa dengan berkerja, masa yang sama dapat menyimpan duit untuk meneruskan pengajian kelak. Apa-apa pun semua bermula dari diri sendiri, jika ada keinginan dan usaha pasti boleh melakukan tanpa mengira kaya atau miskin. Tetapi sebelum memulakan sesuatu,harus lah punya perancangan yang teratur dan iman yang kuat, dunia pekerjaan tidak sama dengan dunia alam persekolahan, cikgu ada menegur setiap kesilapan yang di lakukan, dan kita menerima setiap teguran dengan baik, tapi alam perkerjaan berlainan,setiap teguran akan ada risikonya, bertahan atau tidak terpulang pada diri sendiri. Namun apa jua keputusan yang dilakukan sama ada ingin berkerja atau membuat sesuatu yang akan memberi faedah harus lah dilakukan dengan cara yang betul dan baik untuk diri sendiri. Hidup remaja hanya sekali, so jangan sia-siakannya dengan membuat sesuatu yang bisa menghancurkan diri sendiri. Munasabah diri perlu ada dalam diri supaya dapat menilai diri dan memikirkan sesuatu perkara sebelum melakukannya. Sebelum melangkah kearah yang lebih jauh lagi sebagai remaja haruslah ada pertahanan keimanan kefahaman Islam yang kuat dalam diri supaya tidak mudah terpengaruh dengan godaan dunia luar yang semakin hari ada saja perkara berlaku yang mana banyak melibat para remaja. Selain dari berkerja para remaja juga harus digalakan menghadirkan diri mengikuti usrah yang banyak membincangkan permasalahan remaja serta arah tuju remaja sebelum dan selepas bergelar mahasiswa. Peratus permasalahan remaja berpunca dari masalahan kewangan,namun itu bukan alasan remaja bertindak liar atau melakukan sesuatu yang salah hanya disebabkan kemiskinan makbapa, jika remaja dididik dengan cara yang betul dan memahami kemiskinan bukan penyebab atau penghalang untuk berjaya, IN SHAA ALLAH,anak- atau adik kita mampu menembusi tembok kemiskinan dengan semangat berusaha dan gigih untuk memperbaiki diri dan keluarga. Untuk menjadi dewasa, para remaja harus lah bersedia bersedia dengan bermacam cabaran hidup. Dari alam kanak2- kealam remaja seterusnya kealam pra remaja dan alam dewasa, semua yang kita pelajari adalah berbeza, setiap kejayaan yang diraih, setiap kegagalan yang diduga dan setiap nikmat yang dikurniakan,semuanya ALLAH SWT tetapkan.
Bagi anak-anak dan adik2 yang sedang bercuti hargailah masa cuti ini dengan sebaik mungkin dan hargai setiap kualiti masa supaya yang tidak dibazirkan. Kehidupan masa remaja dan muda tidak sepanjang yang kita fikirkan maka hargainya setiap saat. Selama masa kita ada rebutlah peluang dengan melakukan perkara-perkara disukai ALLAH, semoga ianya memberikan saham diakhirat kelak. Bantulah diri untuk berjaya dengan menambah peningkatan semangat dan usaha. Membina peribadi kearah yang diredhai ALLAH.
IN SHAA ALLAH, semoga cuti kali ini lebih bermakna buat anak2 maupun adik2 kita jika ianya dirancang dengan baik dan di isi dengan perkara-perkara yang mendatang faedah buat diri untuk menglangkau kealam pra U maupun alam dewasa. Sentiasalah beringat alam keseronokan hanyalah sementara, kelak ianya akan hilang. Mulakannya dari sekarang, pada yang ingin berkerja,berkerjalah dengan kejujuran dan niat yang ikhlas. Bagi yang tidak ingin berkerja, isilah masa dengan perkara yang baik untuk mencari jalan yang ALLAH sukai,dengan mengikuti kelas-kelas insanniah. WALLAHU A'LAM

No comments:
Post a Comment