Terasa gelisah,hati tak tenteram...mata terasa mengantuk sangat tapi tanda-tanda nak tidur tiada.Rasa semua serba tak kena.pusing kanan,pusing kiri semuanya rasa macam ada yang kurang.. Ini lah permasalhan yang sering menghantui diri kita,kita rasa,kita sudah cukup sempurna dan hebat tapi apabila berhadapan dengan penyakit 'GELISAH' pasti kita buntuh untuk mencari jawapannya..
Manusia adalah hamba ALLAH yang paling sempurna dan sebaik-baiknya kejadian yang ALLAH cipta.. Kita akan merasa bahagia dan tenang jika kita kenal siapa Pencipta kita. Dan kita tahu apa tugas kita sebagai hambanya.Jika kita yakin kita sudah menyempurnkan segala tugas yang wajib kita lakukan sebagai hambanya,IN SHAA ALLAH,pasti ada ketenteraman di hati kita.
Menurut Imam al-Ghazali, setiap insan wajib mengenali ALLAH SWT yang merupakan fitrah manusia dan seterusnya dapat mengenali diri sendiri dalam proses menjadi insan yang bertaqwa.
Bagaimanapun setiap penyakit itu ada ubatnya, ALLAH yang menciptakan penyakit, maka ALLAH lah yang menghilangkan penyakit itu. Yang penting kita kenalah ada usaha dalam melawan dan mengubati setiap penyakit itu..
Rasulullah juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat Kursi sebelum tidur dengan sabdanya:
'Apabila salah seorang dari kamu hendak tidur,maka bacalah ayat Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan ALLAH dan syaitan tidak akan menganggunya sehinggalah masuk waktu fajar.'

Gelisah terjadi kerana wujudnya pelbagai konflik dalam diri disebabkan ketidakupayaan menyelesaikan segala masalah yang kita hadapi,sebab itu kita sering diingatkan untuk mendekatkan diri kepada Penciptanya,dan bukan mencari jalan yang tidak diredhai untuk lari dari masalah.kita mempunyai pelbagai pilihan dalam menentukan kehidupan yang kita inginkan. Semua manusian inginkan kebahagian dalam kehidupan,kesenangan dan keselesan dalam menjalani hidup seharian,namun tidak semua dari kita berhasib baik untuk memilikinya.Disini lah faktor redha perlu ada dalam diri kita.. Bila ALLAH tidak memberi atau memakbulkan segala doa kita tidak bermakna ALLAH tidak sayangkan kita,mungkin ada sesuatu yang ALLAH sediakan untuk kita kemudian hari.Kita tidak akan tahu apa itu nikmat kekayaan jika kita tidak pernah miskin,dan kita tidak akan tahu apa nikmat sihat jika kita tidak pernah sakit. Begitu juga dengan kegelishan,kita tidak tahu apa nikmat keriangan jika kita tidak pernah alami kegelisahan..
Menurut Imam al-Ghazali, setiap insan wajib mengenali ALLAH SWT yang merupakan fitrah manusia dan seterusnya dapat mengenali diri sendiri dalam proses menjadi insan yang bertaqwa.
Bagaimanapun setiap penyakit itu ada ubatnya, ALLAH yang menciptakan penyakit, maka ALLAH lah yang menghilangkan penyakit itu. Yang penting kita kenalah ada usaha dalam melawan dan mengubati setiap penyakit itu..
Rasulullah juga telah mewasiatkan umatnya supaya membaca ayat Kursi sebelum tidur dengan sabdanya:
'Apabila salah seorang dari kamu hendak tidur,maka bacalah ayat Kursi. Sesungguhnya dia sentiasa dalam jagaan ALLAH dan syaitan tidak akan menganggunya sehinggalah masuk waktu fajar.'

No comments:
Post a Comment