Monday, December 02, 2013

ilmu itu juga rezeki..

Assalamualaikum..bila mana rezeki itu di perkatakan, maka rezeki itu merangkumi pelbagi perkara.. rezeki itu ada dimana saja, yang penting usaha.. Anak, kekayaan, kesihatan dan ilmu juga perupakan rezeki yang didambakan setiap insan..mungkin setengah manusia itu menganggap rezeki dari segi matrial itu sudah cukup apa lagi yang diperlukan dalam kehidupan, tetapi adakala kita lupa siapa yang empunya dan pemilik mutlak sumber rezeki itu.. Tanpa doa, usaha dan tawaduk dalam mencari rezeki yang halal, adakah kehidupan itu akan tenang..Bole saja Allah menyempitkan apa yang kita miliki..sesungguhnya rezeki itu mmg hadiah terbaik dari ALLAH untuk setiap hambanya, maka nikmatinya dengan rasa syukur sentiasa..

Dalam kehidupan yang serba cukup ini rasanya apa lagi yang diperlukan...itu kata dimulut..Tapi dihati sudah terlalu lama mendambakan ilmu agama yang cukup..tanpa perlu ada perkataan "saudara baru" lagi, sememang nya aku cukup bangga sebagai seorang muslim..Anak2 sudah mula mengijak dewasa, halangan untuk mencri secebis ilmu itu sudah terbuka sedikit..hanya memerlukan restu...dan diri bertanya siapa yang harus dipersalahan?..jika diri sendiri yang khilaf..ilmu hanya dicari melalui bacaan..laman sosial..tanpa ada rujukan dari mana2 badan..dan pertengahan tahun ini, alhamdulillah, Allah itu maha kaya dan mengetahui.. walau hanya sepanggilan telefon apa yang dicari sudah terbentang didepan mata..dan bermulalah segalanya..
mengikuti kelas di sebuah badan darul ukuwah khusus untuk saudara baru amat terasa kelegaan dihati, terasa ringan beban ilmu yang hendak dikejar..Di permulaan hari, semuanya nampak baru, dan terasa kekoknya, tapi adalah suatu yang baik dan bonus itu dicatit oleh sang Malaikat kebaikan...insyaALLAH..sebelum ini terasa diri sudah cukup ilmu dicari walau hanya melalui bacaan buku2 agama, tapi hakikatnya terlalu jauh dibelakang teman2 saudara baru yang lain.. hingga terdetik di hati, mampu ke aku melakukannya...bila saat terdengar kata2 seorang ustaz yang merupakan tenaga pengajar di badan itu, dan hati pun terasa lapang, kenapa perlu ada rasa rendah diri, malu dan putus asa dalam mencari ilmu ALLAH..Alhamdulillah..semoga ALLAH permudahkan segalanya dan semoga hanya ALLAH yang membalas segala jasa mereka..

Sedang ALLAH itu memberikan seseorang itu peluang untuk belajar, mempunyai kelapangan masa untuk belajar, menelaah dan memiliki kebijaksanan untuk untuk mencari ilmu ALLAH yang luas dimuka bumi-NYA ini..ilmu itu juga merupakan rezeki yang ALLAH kurniakan..sesungguhnya landasan menuntut ilmu umpama projek sepanjang usia, tanpa ada tarikh luputnya..sehingga kita kembali bertemu sang PENCIPTA..

terima kasih buat https://www.facebook.com/groups/138807316185972/ BADAN KEBAJIKAN SAUDARA KITA,DARUL UKHUWAH BATU PAHAT..
})();

Thursday, October 03, 2013

mahu tunggu sampai bila?






Apabila menyambut ulangtahun kita selalu ingat umur kita semakin meningkat.. Tetapi kita lupa bahawa sebenarnya hayat sudah semakin singkat. Kehidupan semakin menghampiri kematian..kita mahu tunggu sampai bila untuk memulakan sesuatu yang baik. Hati berkata aku harus berubah tapi mulut berkata lain..
kadangkala kita suka menunggu sehingga saat akhir untuk melakukan sesuatu yang baik itu..dan saya tertarik dengan artikel ini..

HANYA ADA 90 MINIT

ALLAH telah bersumpah atas nama masa bahawa manusia sentiasa dalam kerugian apabila masa yang dikurniakan tidak dimanafaatkan untuk perkara-perkara yang berfaedah dan kebaikan.Masa tidak akan menunggu kita ,ia akan terus berjalan memotong usia..

waktu tamat ibarat tetamu yang tidak diundang. kita silap menanhani waktu kematian yang tidak diketahui. kita anggap usia tua itu semakin hampir dengan kematian, sedangkan tidak kurang orang muda yang dijemput tuhan lebih awal..GENERASI Q




})();

Wednesday, October 02, 2013

doa ibu menyelamatkan atau merosakkan

Alhamdulillah..harap2 jangan ada yang terkesima membaca tajuk diatas..Kita sendiri tahu doa seorang ibu itu terlalu tajam dan termakbul.kerana sifat seorang ibu disisi ALLAH terlalu mulia selagi mana seorang ibu itu masih patut dan taat pada suruhanNYA..Dan doa seorang  ibu itu adakala bila terluah dalam keadaan marah, bisa memberi kesan dan kesusahan kepada anaknya...Sebab itu sebagai seorang ibu harus mengawal kemarahannya.walaupun kadangkala anak kita diluar kawalan dan jangkan yang bole membuat kemarahan itu memuncak.Bila dilihat dari satu sudut, ibu sanggup berjaga malam untuk menjaga anaknya yang sakit hingga ke pagi.tapi si anak kadang lupa akan semua iti apabila hidup dibandar besar apatah lagi dengan kebebasaan tanpa perlindungan..perasaan kasih sayang yang bercambah dihati seorang ibu itu fitrah yang dikurniakan ALLAH..Harga pengorbanan seorang ibu itu tak akan dapat dibayar dengan emas atau intan. dan sebagai IBU juga harus bersedia dan redha akan anak hasiL anugerah dari ALLAH,..Sebenarnya ALLAH sangat permudahkan jalan ke syurga, antara nya taat pada kedua ibubapa..Dan sesungguhnya Islam itu sendiri juga meletakkan kedudukan ibu lebih istimewa daripada ayah..siapa yang kamu sayang,ibu..siapa yang kamu sayang ibu..dan terakhirnya barulah seorang ayah yang disebut..hebatkan seorang IBU ini..Bila membicarakan tentang ibu, rasa mmg terlalu banyak yang terungkai tetapi yang pasti, tanamlah jauh didalam lubuk hati kita,sebagai seorang anak maupun seorang ibu, hargai setiap masa yang kita ada, bersama anak-anak maupun ibubapa..Bila kita faham taggungjawab sebagai seorang ibu ataupun anak, secara halusnya kita teramat bersyukur pada ALLAH kerana diberi peluang untuk menjadi seorang anak kemudian ibu dan seterusnya...sama-sama lah kita belajar untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang taat dan berpegang dengan syariat yang ALLAH tetapkan..Akhir kata semoga kita akan menjadi ibu yang mudah memaafkan anak-anak kerana mereka lah harta tidak ternilai..


})();