Alhamdulillah..harap2 jangan ada yang terkesima membaca tajuk diatas..Kita sendiri tahu doa seorang ibu itu terlalu tajam dan termakbul.kerana sifat seorang ibu disisi ALLAH terlalu mulia selagi mana seorang ibu itu masih patut dan taat pada suruhanNYA..Dan doa seorang ibu itu adakala bila terluah dalam keadaan marah, bisa memberi kesan dan kesusahan kepada anaknya...Sebab itu sebagai seorang ibu harus mengawal kemarahannya.walaupun kadangkala anak kita diluar kawalan dan jangkan yang bole membuat kemarahan itu memuncak.Bila dilihat dari satu sudut, ibu sanggup berjaga malam untuk menjaga anaknya yang sakit hingga ke pagi.tapi si anak kadang lupa akan semua iti apabila hidup dibandar besar apatah lagi dengan kebebasaan tanpa perlindungan..perasaan kasih sayang yang bercambah dihati seorang ibu itu fitrah yang dikurniakan ALLAH..Harga pengorbanan seorang ibu itu tak akan dapat dibayar dengan emas atau intan. dan sebagai IBU juga harus bersedia dan redha akan anak hasiL anugerah dari ALLAH,..Sebenarnya ALLAH sangat permudahkan jalan ke syurga, antara nya taat pada kedua ibubapa..Dan sesungguhnya Islam itu sendiri juga meletakkan kedudukan ibu lebih istimewa daripada ayah..siapa yang kamu sayang,ibu..siapa yang kamu sayang ibu..dan terakhirnya barulah seorang ayah yang disebut..hebatkan seorang IBU ini..Bila membicarakan tentang ibu, rasa mmg terlalu banyak yang terungkai tetapi yang pasti, tanamlah jauh didalam lubuk hati kita,sebagai seorang anak maupun seorang ibu, hargai setiap masa yang kita ada, bersama anak-anak maupun ibubapa..Bila kita faham taggungjawab sebagai seorang ibu ataupun anak, secara halusnya kita teramat bersyukur pada ALLAH kerana diberi peluang untuk menjadi seorang anak kemudian ibu dan seterusnya...sama-sama lah kita belajar untuk mendidik anak-anak kita menjadi anak yang taat dan berpegang dengan syariat yang ALLAH tetapkan..Akhir kata semoga kita akan menjadi ibu yang mudah memaafkan anak-anak kerana mereka lah harta tidak ternilai..
No comments:
Post a Comment