Wednesday, January 09, 2013

SOLAT KITA...

Assalamualaikum,salam maghrib buat teman-teman semua,semoga setiap sujud kita diterima ALLAH, segala doa kita akan dimakbulkan ALLAH.. IN SHAA ALLAH...AAMIIN..

Renungkan seketika siapa kita,sempurnakah solat yang kita lakukan. Ikhlas kah setiap solat yang kita lakukan.. itu semua bermula dari hati, kerana hati kita milik ALLAH maka setiap yang kita sembunyinya pasti ALLAH mengetahuinya, marilah kita sama-sama istiqamah dalam menunaikan setiap solat kita. jika ada saudara kita kurang dari sifat fizikalnya mampu melakukan solat dengan sempurna kenapa tidak kita yang ALLAH beri cukup sempurna bentuk fizikalnya agar payah untuk sujud kepada NYA. dan tempat itu bukan penghalang jika hati kita benar-benar ingin menunaikan kewajiban kita terhadap ALLAH. Dikala insan lain lena dibuai mimpi dimalam hari,marilah kita bangun untuk bertahajjud memohon pengampunan NYA.
 Perhatikan setiap gambar ini dengan mata hati, kita pasti merasa keinsafannya..

" SESUNGGUHNYA BERJAYALAH ORANG YANG BERIMAN.IAITU MEREKA YANG KHUSYUK DALAM SOLATNYA.." AL MUKMINUN 23:1-2







bersyukurlah untuk apa yang kita ada sekarang dan sentiasa berdoa untuk apa yang akan kita hadapi atau miliki pada masa hadapan..
})();

No comments:

Post a Comment