Alhamdulillah,ajaib sungguh pagi ni umpama bumi sudah diberi nafas baru , kesegaran dengan cahaya yang redup tak bermakna hujan dengan angin sepoi-sepoi bahasa,takkala semalam dan beberapa hari yang lepas bumi agak suram dan dibasahi hujan tanpa henti...
Bangun pagi ni memang dengan semangat yang ceria mungkin juga nampak sesuatu yang berwarna biru, langit yang biru memberi ketenangan..pasti antara kita tahu bahawasanya pada waktu pagi itu keadaan alam semesta, berada didalam spektrum warna biru muda yang bisa mempengaruhi sisitem badan n otak untuk di aktifkan..Yang pasti waktu pagi adalah semangat rezeki, so lepas sembayang subuh tidak digalakan tidur semula... jadi jangan sesekali melakukannya...Z.R Kime menulis dibukunya, cahaya matahari sebelum pukul sembilan pagi amat bermanfaat pada kulit, kerana pada waktu tersebut kulit mendapat sinar gelombang seperti ultra violet dan sinar gama..Dari sudut lain pancaran pagi adalah vitamin D untuk kulit kita..Apa jua pandangan dari orang bijak pandai tentang khasiat bangun pagi,tetapi sebagai seorang muslim kita memang digalakan bangun pagi untuk mengerjakan kewajipan sebagai orang islam..tidur yang cukup dan awal mampu bangun dengan wajah yang ceria dan sihat...selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang....
langit dan laut yang biru mampu memberikan ketenangan...

No comments:
Post a Comment