"ASSOLATU KHAIRUM MINANNAUM, ASSOLAATU KHAIRUM MINANNUM" maksudnya "SOLAT KEBIH BAIK DARIPADA TIDUR..
Sedarkah kita kenapa ia nya hanya dilaungkan pada waktu pagi saja dan bukannya pada waktu tengahhari mau malam. Sedang mana hambanya masih tidur dibuai mimpi..Ini kerana ALLAH ingin hamba yang bangun dan menghadapnya pada waktu pagi yang belum lagi dicemari oleh jua perkara.. Ingat ianya ialah kewajipan yang patuh kita lakukan..Dan ALLAH memberi kita isyarat kasih sayang yang banyak untuk hambanya supaya mengerjakan solat diawal pagi sebagai membukti betapa kita cinta PADANYA.. Dan sesungguhnya pintu rezeki itu bermula awal pagi.. Malahan sinar pagi dapat memberikan kita tenaga yang berterusaan jika ianya dimulai dengan ucapan syukur ALHAMDULILLAH dan melakukan sedikit aktiviti yang sihat seawal pagi.. Waktu pagi juga adalah waktu yang sangat sesuai memohon akan segala yang kita inginkan, kerana keajaiban dan keberkataan subuh pagi adalah sesuatu kerahmatan yang ALLAH berikan kepada hamba kesayangan yang sentiasa patuh segala perintahnya serta saat inilah seorang hambanya akan terasa begitu hampir dengan PENCIPTANYA.. Dan sentiasa lah perbanyakkan zikir seperti ALHAMDULILLAH pada waktu pagi,sebagai syukur segala nikmat kerana mendapat peluang menghirup udara segar setiap kali kita bangun pagi ..IN SHAA ALLAH jika kita dapat amalkannya setiap pagi pasti kita menjadi insan yang berjaya.WALLAHUALAM..
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلا مَلَكَانِ يَنْزِلانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا.
Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda:
Tidak ada suatu hari pun (setiap hari) ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa: Ya Allah gantikan harta orang yang bersedekah.
Malaikat satu lagi berdoa: Ya Allah binasakan orang yang bakhil.
[HR Bukhari dan Muslim]

No comments:
Post a Comment