Bahagiakah kita rasakan saat ini,jika jawapannya ia,Alhamdulillah..Tapi bukan semua orang boleh mencapai erti bahagia yang sebenar.. Jika kebahagian itu mampu dibeli dengan wang ringgit pasti semua insan dimuka bumi ini akan membeli tanpa melihat harga nya, kerana erti kebahagian yang sebenar itu sesuatu yang sukar untuk dicapai. Tetapi jika ada keinginan yang kukuh dan kesungguhan yang ikhlas dr sanubari,IN SHAA ALLAH pasti ALLAH memberikan kita kebahagian tidak mengira dari bentuk apa pun kebahagian itu tapi adakala selagi kita bergelar manusia,kesilapan itu pasti ada. Disaat kehilangan ataupun kegagalan baru kita tersedar bahawanya kebahagian yang kita ingin sudah pun hilang hanya kerana sikap kita yang tidak pernah menghargai ataupun merasa puas tentang kebahagian yang ALLAH beri.
Bila ALLAH telah memberikan kita keluarga yang bahagia, kita leka dengan dunia sendiri. tidak pernah mengucapkan rasa syukur atas nilai kebahagian yang ALLAH beri melalui suami / isteri dan anak-anak yang menjadi sumber kebahagian kita. Keseimbangan hidup dalam erti kebahagian berkeluarga adalah aspek yang penting dalam hidup berumahtangga. Kerana mereka adalah tanda kebahagian kita.
Salah satu cara mencari kebahagian adalah dengan cara mengawal emosi untuk tidak menjadi seorang yang pemarah, bila emosi tidak stabil, perasaan mula berkecamuk malahan ianya boleh menganggu kita dan mula menghilangkan rasa bahagia dalam diri. Perasaan bahagia sudah menjadi kerdil dalam diri saat emosi menganggu, malahan menganggu hubungan kita dengan orang yang kita sayang. Hakikatnya kita boleh mengawal emosi kita dengan banyakkan berzikir untuk mengawal gangguan emosi.
Bila bercakap tentang kebahagian,sedikit sebanyak kebahagian itu ada kaitan dengan kewangan serta karier kita, insan mana yang tidak merasa bahagia bila memiliki kewangan yang kukuh dan kerja yang stabil yang mana ianya mampu membelanjakan dengan hati yang bahagia sekali. Mungkin kita boleh membohogi diri kita dan orang lain, bahawasanya kita akan merasa bahagia jika mempunyai kewangan yang sederhana tetapi 50% kita tidak dapat membohogi hati kita bahawasanya hati kita lagi bahagia bila mempunyai duit yang banyak,kerjaya yang stabil, tanpa perlu memikirkan setiap hari maupun setiap bulan cara ingin menjelaskan hutang yang banyak..Sebagai seorang muslim kita harus memiliki konsep syukur,jika kita merasa bersyukur pasti hati kita merasa bahagia,tapi konsep bersyukur itu harus lah diiringi dengan sifat yang pandai berjimat cermat, barulah kita dapat merasakan kebahagian dan kewangan yang di berkati ALLAH.
Dan untuk mencapai kebahagian yang kekal hingga keakhir hayat, hubungan yang paling penting yang harus dijaga adalah hubungan dengan ALLAH, jika hubungan yang satu ini pun kita merasa payah untuk menjaganya bagaimana hati dan diri kita untuk mengecapi kebahagian yang sebenar. Untuk menjadi orang yang hebat dalam mencari kebahagia yang hakiki sentiasa lah beringat akan tangunggajawap sebagai seorang muslim, malahan betambah hebat lagi kita jika mampu menjaga hubungan silaturahim sesama insan. Dan pasti kebahagian yang kita perolehi nanti akan terasa manis diiringi keberkataan dari ALLAH.

No comments:
Post a Comment