Islam mengajarkan bahawa setiap detik kehidupan dan saat yang berlalu adalah kehidupan dunia,dan ini adalah ruang akhirat..Maka setiap perlakuan dan tanggungjawab yang dilakukan adalah penyumbang besar kepada pahala dan dosa..Di setiap waktu, saat dan minit segalanya tercatiti...Makna tercatit itu saja dah cukup besar dan mengerunkan..Bila mana kita memilih untuk setia pada buku panduan ALLAH maka pahala lah yang tercatit..tapi bila mana kita memilih untuk berpaling tadah maka dosa lah hukumnya..Secara halusnya buku panduan ALLAH itu terlalu mudah dan senang jika ianya diperlakukan dengan redha dan sentiasa mugasabah diri dengan melihat bahawasnya terlalu banyak kejadian dan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran...Nilaikanlah kembali bahawa kehidupan ini adalah milik ALLAH,jangan sesekali tunduk pada kemahuan nafsu...Sesungguhnya tunduk dan patuh pada ALLAH sang PENCIPTA dengan segala kelapangan dada dan kesempuranan iman maka kehidupan itu sendiri akan sentiasa terasa tenang..
firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
"Dan (amatlah baiknya)kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh ALLAH dan Rasul-
NYA kepada mereka, sambil mereka berkata," cukuplah ALLAH bagi kami:ALLAH akan memberi kepada kami limpahan kurnia-NYA, demikian juga Rasul-NYA, sesungguhnya kami sentiasa berharap
pada ALLAH.." ayat at-taubah:59
No comments:
Post a Comment