Friday, January 25, 2013

SALAM JUMAAT YANG INDAH...

Assalamualaikum, Alhamdulillah...  Pagi jumaat yang indah..Penghulu segala hari..  

Sesungguhnya hidup ini milik ALLAH.. sentiasalah ada rasa syukur didalam hati tidak kira dalam apa keadaan sekali pun. Dan kini kita sudah sampai kepenghujung bulan Januari 2013, masa yang berlalu begitu pantas sekali.. Menghadapi hari semalam bagi setengah insan adalah ucapan syukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas lagi muka bumi ini.. Tapi bagi sestengah insan lain  hari semalam adalah hari yang panjang dengan segala masalah yang datang bertimpa-timpa. Percayalah hidup ini sesungguh cukup sempurna ALLAH ciptakan, tetapi kita sebagai insan tidak pernah menghargainya, bila saat masalah itu mendatang kita menyalahkan takdir punca segalanya. Tetapi ALLAH tetap menyayangi hambanya , malahan  bila ALLAH memberi sesuatu yang buruk pasti ALLAH membalasnya dengan sesuatu yang indah. Apa jua yang ALLAH uji itu hanyalah sebahagian kecil untuk kita, ALLAH selalu ada untuk hambanya yang memerlukan NYA.. Jangan pernah sombong untuk sentiasa berdoa dan meminta padaNYA.. Hadapilah hidup ini dengan kekuataan, jangan pernah ada putus asa dalam menghadapi hari hari mendatang yang adakala disajikan dengan seribu masalah..berdoalah..dan terus berdoa kerana ALLAH menyukai hamba yang takut padanya dan sentiasa bersungguh dalam doanya.. IN SHAA ALLAH...AAMIIN..




})();

No comments:

Post a Comment