Thursday, January 03, 2013

rahmat syukur...

Assalamualaikum...dalam rahmat ALLAH yang mengiringi pagi ini,syukur Alhamdulilah..Apa yang lebih penting dari merasa syukur kehadrat ilahi atas segala pemberian dan kasih sayangnya. Bagi yang ada anak sekolah,pasti kelihatan terkejar sana sini menguruskan anak-anak. Bagi yang berkerja, isteri dan ibu pastinya bertambah tugasnya ,terkejar nak sediakan sarapan, terkejar nak siapkan anak, terkejar nak sediakan keperluan suami, dah selesai nak bersedia pergi berkerja pulak. Itu lah rutin harian sebahagian dari kita, yang kurang sibuk macam aku ni, ini lah aku, kalau ok boleh nak menulis kalau tidak sibuk dengan membaca.Tapi itu bukan yang aku nak bebelkan,tapi pernah kita terfikir betapa beruntungnya kita dapat hidup harmoni bersama keluarga tersayang, merasai kesibukan berkerja dan merasai nikmat menguruskan anak-anak kesekolah seawal pagi, melihat keletah mereka yang bermacam ragam. Sudah tentu tidak, setiap dari kita ada nasib dan aturan hidup yang ALLAH berikan, baik atau buruk kita yang harus berusaha mengubahnya , ALLAH telah menunjukan kita cara dan jalan untuk mengubahnya. Seawal pagi kita sudah di didik untuk bangun untuk mengucap rasa syukur pada YANG ESA, tapi ada diantara dari kita trlalu sibuk sehingga  sukar untuk bangun pagi untuk sujud kepadanya, bila ALLAH mula memberi kita kesenangan kita mula menjarakkan diri dari NYA. Sesungguhnya kita harus sentiasa dalam keadaan sedar bahawa kehidupan ini hanyalah pinjaman, jangan leka dengan hutang yang bertimbun, takut-takut saat segala pinjaman ini ditarik balik kita tak sempat melunaskannya.. kita baru di hari ketiga ditahun 2013, tak salah kita mulakan hari ini sebagai hari AKU INGIN BERUBAH, tanamkan azam agar aku tidak memandang enteng segala hal yang berkaitan keimanan dan solat. Bukankah ALLAH suka hambanya yang sentiasa ingin menjadi hamba kesayangan. Dan sentiasa mengerjakan segala suruhan nabi kita, RASULULLAH SAW. Dengan segala rahmat ALLAH sentiasalah mengambil jalan kearah kesejaterahan dan berusaha berpegang pada ajaran ISLAM dan sentiasa menjaga hati pemberian ALLAH ini dengan zikirullah..IN SHAA ALLAH.. WALLAHUALAM
})();

No comments:

Post a Comment