Friday, January 11, 2013

bila saat aku berbicara lagi...

.......Asslamualaikum..., Salam Jumaat Penghulu segala hari...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga kita ke jumaat minggu ke2 2013... rasanya sebentar tadi terlalu banyak yang nak dibicarakan melalu kata-kata, tapi sampai ini semuanya menjadi kaku.  otak berhenti seketika, merencahkan segala memori diri.. 

Yang pasti aku hanya lah insan biasa yang adakala terlalu terleka dan terlalu bangga diri bila saat berada diatas. Aku mungkin juga seorang yang hanya pandai bermain kata-kata tapi untuk menunaikan agak culas.. mungkin juga aku seorang terlalu ingin kan kesempurnan.. Aku atau siapa saja dimuka bumi ALLAH ini, ALLAH ciptakan mempunyai sifat dan personaliti yang berbeza. Dan aku bukan nya sesiapa yang layak untuk berbicara tentangnya, apatah lagi bila ianya berkaitan tentang ilmu agama, ia mungkin adakala apa yang aku tulis itu sebenarnya lebih banyak menjurus agar aku sentiasa mengingati diri bahawasanya aku tidak terlalu leka ke agama aku yang satu ini. Adakala aku sendiri akui, begitu takut untuk menulis tapi bila mana aku terfikir tidak salahkan aku hanya ingin berkongsi ilmu apa yang aku pelajari, ilmu yang aku copy ke minda dan paste ke kata-kata, mungkin juga satu pahala bagi untuk menolak sedikit dosa yang banyak aku lakukan.. Setiap insan itu ada pandangan yang berbeza tentang apa yang di pelajari, sama ada ilmu agama ataupun ilmu dunawi, itu semua terpulang sama ada untuk dikongsikan atau hanya disimpan dalam kad memori otak. Ia benar,untuk membuat sesuatu kebaikan itu bukan nya mudah, pasti ada sedikit dugaan, tapi itu bukanlah penghalang. Sesungguahnya aku rasa sentiasa bertuah bila menjadi umat Nabi Muhammad Rasulullah SAW.. dan sentiasa mencari pahala yang banyak untuk bekalan disana kelak. kerana aku tahu bila saat  kematian itu menjemput aku mati sebagai seorang islam yang taat pada ALLAH dan RASULNYA.. IN SHAA ALLAH...Dan aku sentiasa berdoa pada ALLAH semoga kita semua,yang kenal atau tidak, tetapi kita adalah saudara sesama islam,agar sentiasa hidup dalam keredhanya dan menempuh sepanjang kehidupan ini dijalan yang lurus dan sentiasa menjadi hamba NYA yang beriman dan bertakwa,. IN SHAA ALLAH...aamiin......
})();

No comments:

Post a Comment