Sunday, December 30, 2012

selamat kembali ke sekolah 2013....

Assalamualaikum..Masa begitu pantas berlalu,diminggu-minggu terakhir ni agak sibuk bagi ibu-ibu yang mempunyai anak sekolah.. Sana-sini ibu-ibu mula membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, tapi berhati-hati jangan sampai membuat pembaziran yang agak melampau.Mungkin bagi anak yang baru masuk tahun pertama persekolahan semestinya kelengkapan serba baru,tapi bagi yang masuk tahun kedua,ketiga dan seterusnya, seharusnya lebih berpada-pada,bukan kedekut cuma belajar berjimat cermat. Sekolah bukan sehari dua tapi 11 bulan belum tolak cuti am atau cuti penggal sekolah,apa yang elok kalau boleh diguna pakai semula apa salahnya,cikgu pun tak akan mempertikaikannya. Ajar anak-anak kita menghargai barang dan mengajar mereka sifat berjimat cermat, zaman persekolahan sekarang tidak sama seperti dahulu, kesemua peralatan sekolah termasuk pembelajaran banyak memerlukan duit. Kalau dilihat barang - barang sekolah zaman kini begitu mahal dan semakin canggih,tapi itu tidak juga kita harus mengikut kehendak anak untuk membeli kesemua yang dinginkannya.. Senaraikan budget untuk barang yang perlu sahaja. Sedikit sebanyak kita beruntung menjadi rakyat MALAYSIA,setengah-tengah yuran ada yang dimansuh kan oleh kementerian pelajaran, dan awal tahun persekolahan bermula tahun 2012, setiap pelajar tak kira miskin atau kaya layak mendapat duit bantuan sebanyak rm100,walau tak banyak mana tetapi ianya dapat menambah sedikit bagi keluarga yang kurang pendapatan. 

Memasuki alam persekolahan yang baru bagi setengah pelajar adalah sesuatu yang baru untuk ditempuhi. Untuk menyesuaikan diri dialam baru juga mungkin agak kekok pada permulaan awal tahun. Pada yang mengyambung pembelajaran untuk tahun seterusnya mugkin mudah cumanya persaingan mungkin bertambah. Persaingan untuk cemerlang memang jelas kelihatan dimana - mana sekolah. Bagi setengah-setengah ibubapa, ada yang mencari insentif lain dengan menghantar anak-anak ke kelas-kelas tambahan untuk menambah kecermerlangan anak masing-masing. Apa jua insentif ibubapa untuk melihat anak berjaya tapi jangan sampai anak-anak merasa terbeban dan membuat mereka tidak mempunyai masa rehat dan ruang untuk beriadah.
Bagi ibubapa kita kenalah ada cara efektif yang baik bermula awal tahun untuk anak-anak supaya kecemerlangan mereka dalam pembelajaran berterusan.


Semoga kita akan menjadi contoh kepada anak-anak kita untuk berjaya,emosi ibubapa kena lah dikawal supaya tidak terlalu menekan anak-anak untuk berjaya. Beri mereka semangat untuk suka dan rajin kesekolah dan bukan membuat mereka malas kesekolah. Ransangan yang positif mampu membuat anak-anak suka kesekolah..SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2013 buat anak-anak kita..



})();

No comments:

Post a Comment