Thursday, December 27, 2012

Mencari perkahwinan yang diredhai ALLAH...

Biarlah ada ruang kosong untuk mencari kebersaman antara kita..


Biarkan angin langit menari mencari keserasian kita..


mungkin kita telah dilahirkan bersama..


jodoh kita juga bersama..


ketahuilah ketetapan ALLAH dalam senyap..

Institusi keluarga itu sangat suci disisi ALLAH..Malahan sebuah perkahwinan itu adalah syariat yang sangat indah dan mudah yang ALLAH tetapkan..Dan kedua-dua perkara itu memerlukan iman dan amalan yang kuat untuk menjaganya.. Dipenghujung tahun sebegini tentu ramai dari saudara mara kita menerima jemputan kahwin atau keluarga kita sendiri yang meraikan majlis adik atau abang.. Bila sebut tentang majlis pasti kita mengambarkan sebuah majlis yang mewah. apatah lagi dizaman yang canggih ini hanya perlu sediakan duit saja yang selebihnya ada pengurus majlis atau lebih dikenali wedding planner. Tidak perlu riasu tentang banyak hal,dari gubahan hantaran hinggalah makanan untuk tetamu semuanya express hanya perlu sedia sebanyak wang ringgit. Disaat kita bangga dengan adanya wang ringgit yang mampu membantu kita dalam hal sebegini kita lupa bab silaturahim,memang semua ini memudahkan kita tapi dari sudut lain ianya menjarakkan silaturahim dan sifat gotong-royong itu sendiri. Bukankah adat kenduri itu sendiri dapat merapatkan persaudaraan dan menyuburkan kasih sayang sesama saudara. Itu bab walimahturus tapi bagaimana bab dan makna sebenar bagi pasangan pengantin itu sendiri,adakah pasangan itu betul-betul memahami makna sebuah pernikahan.

Nikmat pernikahan yang ALLAH  beri itu suatu kurnian yang sangat hebat diberi kepada hambanya,tetapi ada sestengahnya pengantin tidak benar-benar menikmati kurniaan itu malahan mengangap pernikahan hanya sebuah hubungan yang dapat menghalalkan mereka semata-mata. Sememangnya sebuah perkahwinan itu sungguh seronok dan indah bila dapat berdua tanpa memikirkan lagi akan dosa bila bersentuhan. Tapi adakah kita yakin akan perkahwinan yang kita bina ini tiada badainya,sedangkan lidah lagi tergigit inikan lagi sebuah perkahwinan. Jika kita berbalik pada niat asal sebuah pernikahan yang bersyariatkan benar-benar ISLAM kita pasti banyak menginsafi diri dan pasangan kita, dari memikirkan keseronokan duniawi saja. Banyak cara boleh kita ketahui jika kita benar-benar faham ilmu perkahwinan. Kita mesti sedar akn hakikat dan kaifiat sebenar perkahwinan yang selari dengan kehendak ALLAH.. Yang paling utama jadikanlah Nabi kita Rasulullah s.a.w sebagai tauladan dan contoh terbaik bagi kita untuk mendapatkan sebuah perkahwinan yang bahagia dan tenteram. ALLAH inginkan hambanya hidup untuk mendapat keuntungan dalam bentuk apa jua dan bukanya kerugian,orang yang beruntung akan merasa bahagia dalam perkahwinannya,maka orang yang kerugian pasti merasa deritanya.
ALLAH sentiasa mengingatkan kita bertapa untungnya jika jiwa sebuah perkahwinan diserapakn dengan keimanan dan amalan solat yang tidak pernah ditinggalakn. Yang pasti kita sentiasa perlu beringat setiap apajua perkara yang kita lakukan bilamana ianya berkaitan dengan perkahwinan dan adat yang kita lakukan selagi ianya tidak menyalahi syariat boleh dilakukan tapi jika ianya bertentanggan maka selok-eloknya ditinggalkan, yang selebihnya kita berserah pada keredahan ALLAH.. Untuk mendapat keberkatan sebuah perkahwinan agar terus bercinta sampai kesyurga, niatkanlah dalam hati kerana ALLAH aku menerima dan mendirikan perkahwinan ini. Dan sentiasa bersabar dalam menempuhi alam rumahtangga yang berteraskan syariat islam.. 
IN SHAA ALLAH,WALLAHUALAM..

Firman ALLAH SWT:

"Demi sesungguhnya ,adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH dan (balasan baik)hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak(dalam masa susah dan senang)."
AL-AHZAB 33:21

})();

No comments:

Post a Comment