CINTA,apa makna cinta yang kita faham..sesiapa pun pasti mengenal cinta,kerana cinta itu sesuatu yang misteri..bila sebut tentang cinta, kita akan mengambarkan kata-kata yang indah yang membuai perasaan apatah lagi bila ianya berkaitan dengan naluri seorang wanita yang halus..Tidak kira adam atau hawa kita pasti ingin dicintai oleh seseorang, adakala sanggup meraih cinta itu dengan apa cara pun,bila cinta tidak berbalas.Dan bila ditanya dari mana datangnya cinta,pasti jawapan yang diberi,dari mata turun kehati..cinta ibu kepada anak.anak kepada ibu,ayah kepada ibu,abang kepada adik,itu semua juga cinta..Tapi berlainan pulak pada sang kekasih,adakah kita pasti itu cinta untuk kekasih datangnya dari hati semata-mata dan bukannya nafsu ingin memiliki dan dicintai. ALLAH telah mencipta kita dan memberi kita hati untuk mempunyai perasaan terhadap sesuatu yang ALLAH sukai dan bukannya dibenci..
Dan menglengkapkan tubuh badan kita untuk mempunyai kepekaan dan rangsangan dan naluri untuk di kongsi dengan insan lain yang halal bagi kita.. Dan bila pertautan hati terjadi antara lelaki dan perempuan maka terhasil lah cinta yang didambakan, hati merasa gundah bila tidak bertemu, rasa rindu bila berjauhan, rasa kehilangan bila tiada itu lah tanda-tanda cinta antara manusia yang semua pasti tahu dan ingin merasainya.. tapi kita sering sangat terlupa dari mana datangnya cinta dan naluri itu, bila nafsu menguasi diri akal fikiran yang ALLAH beri sudah tidak digunakan sebaik mungkin.. dan mula membatasi agama dengan melakukan sesuatu yang dimurkai ALLAH...Dan bila saat kemanisaan madu mula hilang hati mula merasa pahit, keinginan mula beransur pergi dan sedikit demi sedikit perasaan cinta mula lenyap..dan bila semua berakhir,cinta yang dipersalahkan..itulah cinta manusia yang bertuankan nafsu semata-mata,dan saat hati menderita mula menyalakan cinta sedang diri sendiri yang bersalah.
Kenapa perlu menyalahkan cinta,ALLAH memberi kita hati naluri untuk bercinta,tetapi mencintai yang halal untuk kita tapi tidak melebihi dari mencintai ALLAH YANG SATU. kita yang mudah terleka dan tergoda dengan nafsu,dan bukan cinta yang ALLAH beri.. 'RASULULLAH S.AW pernah berdoa yang bermaksud,'wahai ALLAH,limpahkan kepada ku kekuataan mencintai orang yang mencintai mu dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaimu,jadikanlah rasa mencintai mu lebih aku sukai berbanding air dan embun"..
Kerana itu kita sentiasa dingatkan cintailah ALLAH mu dan RASUL mu sebelum kamu menyerahkan cinta mu kepada insan lain, tetapi kita sering mencari cinta sementara dari cinta yang kekal ,tulus dan ikhlas dari ALLAH. Hakikatnya cinta itu suatu nikmat anugerah yang tidak terhingga yang ALLAH beri kepada setiap umatnya, dan bila nikmat itu sedikit kecundang maka ALLAH beri kita cabaran supaya kita sedar dan mengakui cinta yang sebenar harus diberi kepada siapa.. Banyak situasi yang menceritakan dan memberi tahu kepada kita tentang cinta lah ALLAH lebih dari segalanya, dan ALLAH akan membalas cinta kita lebih dari apa yang kita harapakan, tapi kita tidak inginkannya, maka bila kita kecundang dengan cinta manusia maka baru kita tersedar dari apa yang pernah dinyatakan.
Bila kita mula mencintai ALLAH, kita pasti akan merasakan ketenangan dan ALLAH akan membalasnya dengan menghantar seseorang yang memang ditakdirkan untuk kita.. ALLAH yang lebih mengetahui akan segalanya..
Soal cinta memang sesuatu yang abstrak untuk di nyatakan..tetapi setiap manusia mempunyai pandangan yang berbeza tentang cinta..dan segala yang saya nyatakan,ini pandangan saya tentang cinta..Cinta memberikan kehidupan kepada manusia tetapi kehidupan dan cinta yang kita rasai semuanya datang dari ALLAH..Dan sentiasa beringat hati kita kepunyaan ALLAH, bila saat dan tika ALLAH ingin mengambilanya,kita bukan siapa-siapa untuk menghalangnya...dan cinta tidak mengenal rupa,kulit dan apa keadaan sekalipun ,cinta dan sayangnya ALLAH kepada hamba ciptanya memang luar biasa...
WALLAHUA'ALAM...
WALLAHUA'ALAM...
Berkata Yahya bin Muaz al-Razi: "Musuh manusia itu ada tiga iaitu dunianya, syaitannya dan nafsunya. Berlindunglah daripada dunia dengan berzuhud (menjauhkan diri daripada keduniaan), berlindunglah daripada syaitan dengan melawan kehendaknya dan berlindunglah daripada nafsu dengan meninggalkan syahwat."
antara pandangan ulama tentang cinta...
Imam Muhammad Ibnu Daud Al-Zahiri:
Pandangan beliau bersandarkan kepada hadis Nabi Muhammad s.a.w. “Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan memeliharanya maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.
Imam Ibnu Hazm:
Imam Ibnu Hazm menyandar pendapatnya dengan bersandarkan kata-kata Umar Ibn Khattab: “Seorang lelaki berkata kepada Umar Ibn al-Khattab, Wahai Amirul Mukminin, aku telah melihat seorang wanita kemudian aku jatuh cinta kepadanya.” Maka Umar menjawab, “Itu adalah termasuk sesuatu perkara yang tidak dapat dimiliki(dikawal).”
Surah Al Hujurat, Ayat 13
Surah Al Hujurat, Ayat 13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
No comments:
Post a Comment